Thursday, November 8, 2007

Kembalilah

Erti sebuah kehidupan, KEBERKATAN yang utama.

Selamat dan bahagia pikul taklifanNya

Diri, keluarga dan masyarakat tertempias

Persepakatan bersama bina ummah dan daulah utuh

Selamat ancaman luar kerana penghormatan

Pembangunan dan peradaban Islam pesat

Tetapi…..

Pembangunan pesat benteng kemaksiatan

Jangan biar ia berkulat lumut

Wahai insan…

Istiqamahlah keimanan menghadapi globalisasi

Utuhkan amar makruf dan nahi mungkar

Kembalikan sistem khalifah yang gemilang

Agar ummah cemerlang, gemilang dan terbilang

Al-Quran dan Sunnah panduan

Dalam mendamba keredhaan dan keberkatan Allah SWT


Athiroh Tan JPDK, FPI, UKM

No comments: