Sunday, November 4, 2007

TERASA KEHILANGAN YANG TERAMAT

Tanggal 26 Okt 2007, lebih kurang jam 12;00 am aku menerima mesej daripada Faizah Salwa Ali dan juga Farahnaz Ali menyatakan " Abah dan meninggal lebih kurang jam 12;00 pagi tadi ". Innalillahiwainnailaihiraji'un... Sesungguhnya dari Allah kita datang dan akan kita akan kembali kepada Allah jua. Bandan aku longlai dan tidak bermaya untuk bergerak. Semoga roh arwah abah Ali Abu Bakar yang juga bapa angkat aku akan dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama kekasih-kekasihNya...Amin-amin Ya Rabbil'alamin.

Sabar Atas Kematian Insan TersayangRasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.”
(at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Huraian
1. Apabila keimanan seseorang itu sudah kukuh dan
mencapai kedudukan yang istimewa, pasti segala kejadian dan musibah yang terjadi, menjadi kecil pada dirinya.
2. Dia menyerahkan segala yang menimpa kepada Allah S.W.T tanpa merasa bimbang, kecewa dan sedih bahkan menerimanya dengan perasaan yang tenang dan sabar. Dengan perkataan lain, dia redha terhadap qada’ dan tunduk terhadap takdir Allah S.W.T. Inilah sifat yang harus ada pada seorang mukmin yang sebenar.
3. Tidak dinafikan bahawa kesabaran itu amatlah berat, namun terlalu besar ganjarannya jika mahu dibandingkan dengan ujian-ujian yang lain. Hal ini termasuklah kesabaran seseorang itu di atas kematian anak kecil mereka di mana pada hari akhirat kelak ia akan menjadi suatu syafaat (mudah mendapat keampunan Allah) buat mereka yang menjadi ibu bapanya.

ku hanya sempat menziarah keluarga arwah pada 2-3 Nov 2007 ekoran urusan Cuti Belajar di luar negara. Bertemankan adik Izwah Saudi aku bertolak ke Gemas N.9 dengan menaiki keretapi dari Kajang jan 2:42 petang dan tiba di Gemas dalam jam lebih kurang 5:00 petang. Alhamdulilah.... emak angkat aku datang jemput... MasyaAllah, salaman dan pelukan yang penuh kepiluan dan kesedihan, hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya. Terus aku dan Izwah dibawa ke perkuburan arwah dekat Taman Sentosa... Aku terpaku dengan bacaan ayat-ayat al-Quran dan doa agar arwah dicucuri rahmat Allah dan ditempat bersama2 kekasih2 Allah. Amin...Namun, semakin dekat aku menghampiran kubur arwah semakin tersentuh hati dan perasaan aku...aku tidak dapat terima kenyataan yang arwah abah dah di dalam tanah...aku benar2 tak dapat terima kenyataan...lalu air mata mengiringi renungan aku kepada kubur arwah...teresak-esak aku menangis...Izwah pujuk...emak istiqamah dengan doakan begitu jua Aboy.... Aku...Aku...Aku benar2 kehilangan arwah....YA ALLAH, ampunilah dosa-dosa hambaMu...Berilah aku kekuatan untuk menghadapi realiti ini.

Emak layan kehadiran aku dengan baik dan penuh kata2 azimat pesanan arwah abah dan kata2 nasihat agama...benar segalanya " RAHSIA ALLAH "... Faizah dan Bibi seperti 3 tahun lalu.... namun mereka berdua memberi layanan yang amat memuaskan. T.Q atas segalanya...

Sampai di UKM, sepanjang malam aku menangis mengenang pemergian arwah abah yang tidak sempat aku bertemu. Menurut emak dan Faizah, arwah sering tanya " di mana aku sekarang, buat apa aku sekarang "...argh soalan2 ini benar2 mengingatkan aku akan arwah abah...andainya ada rezeki dan diizinkan Allah pasti aku ke Gemas bertemu abah dan seisi keluarga...namun...apa kan daya semuanya ADA HIKMAH ALLAH YANG TERSEMBUNYI...pesan arwah abah... buat segala kebaikan, jangan tinggal solat tetap terpahat dalam jiwaku walaupun pesanan itu dituju kepada umum... aku sempat jumpa Alang, anak2nya yang comel, tapi tak sempat jumpa Ateh, Angah dan keluarga mereka.

Lantaran kesedihan ini, aku cuba untuk menciptakan blog khas aku ini...

Buat Abah...segala amal ibadat dan kebaikanku yang ada pahala akan kuhadiahkan untuk dirimu amanlah dirimu di sana bersama rahmat dan kasih sayang Ilahi dan ditempatkan bersama2 para kekasihNya...Amin-amin ya rabbil'alamin.




athiroh tan 4 Nov 2007
Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia.

No comments: